Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
MEMPUNYAI katil yang cantik sahaja tidak memadai kalau tidak disertakan dengan tilam yang empuk. Begitu juga kehadiran tilam belum mencukupi tanpa dihamparkan cadar yang mampu membangkitkan seri.
Justeru, cadar adalah antara senarai kelengkapan yang perlu disediakan untuk melengkapi kamar selain perabot seperti almari baju dan solek.
Dalam pemilihan warna cadar, biarlah serasi dengan keluasan dan warna latar bilik.
Sebolehnya tidak terlalu terang sehingga menghangatkan bilik tidur yang sememangnya untuk kita berehat dan menenangkan fikiran.
Pemilihan warna-warna lembut boleh membangkitkan suasana yang relak seperti pastel, merah samar, ungu muda, biru muda, putih dan hijau muda.
Bagi yang ingin mendapatkan himpunan cadar yang menawarkan corak-corak berbunga gaya kedesaan Inggeris, boleh memperolehnya di Laurea Home Furnishing.
100 corak
Lebih daripada 100 corak cadar boleh dipilih, sama ada beropol, fitted dan flatsheet dengan set comforter yang boleh dibasuh sarungnya.
Setiap satu set cadar yang diperbuat daripada kapas tulen mengandungi empat bantal, satu bantal peluk dan comforter. Inilah kelainan yang ada pada koleksi Laurea.
Pautan / Link
Jualan Amal Sampingan
Sedikit info tentang jualan sampingan:
Kuah Rojak Kacang Mak Bee Rm3.50 satu bekas/pack
Sms (makbee/acar) (1 bekas/pack) (nama) (alamat) hantar ke (013-352 6642)
*Penghantaran percuma untuk 50km radius dari Subang Jaya.
Sms (makbee/acar) (1 bekas/pack) (nama) (alamat) hantar ke (013-352 6642)
*Penghantaran percuma untuk 50km radius dari Subang Jaya.
Sunday, June 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Profile
- M@YaZ
- Blogs of my personal life and also for my business. Feel free to surf~!



0 comments:
Post a Comment